Perang Di Dalam Diri
Hari ini nampak seperti hari biasa. Saya bangun, buat rutin harian, dan senyum bila perlu. Tapi di dalam, ada sesuatu yang sukar dijelaskan—rasa penat yang bukan datang dari fizikal, tapi dari fikiran. Ada masa saya sendiri tak faham kenapa saya rasa begini. Bila orang tanya “awak okay?”, saya jawab “okay” walaupun sebenarnya tidak. Bukan sebab mahu menipu, tapi sebab susah untuk cari perkataan yang tepat. Perkara kecil kadang-kadang jadi berat. Bangun dari katil pun boleh rasa seperti satu perjuangan. Dan yang paling susah, orang lain tak nampak apa yang kita lalui. Dari luar, semuanya kelihatan normal.Apabila meluah kepada orang lain, kadang kala umpama kita bercakap dengan tunggul.Bukan mereka tidak mendengar tetapi mungkin perasaan itu tidak sampai dan mereka tidak faham apa kita lalui.Mungkin bagi mereka, sepayah mana untuk bangun pagi?Apa yang menjadi kesulitan itu? Emosi kadang kala cepat berubah, marah , gembira , sedih, rasa tidak berguna.Perkara kecil yang tidak seperti ...