Posts

KELESUAN MENTAL

  Pada hari ini saya kembali lagi dengan merasa lelah, penat dan ingin merehatkan diri sahaja tanpa melakukan apa-apa.Bahkan, rasa tidur itu seperti tiada penghujung tetapi masih tidak mampu memberikan kembali kekuatan dan tenaga saya untuk menjalani kehidupan seharian.Kejadian seperti ini berulang-ulang kembali terjadi apabila berlaku sesuatu yang tidak memenuhi hasrat dan keinginan dalam diri. Saya sering kali bertanyakan apakah yang menjadi kepada punca-punca permasalahan yang dialami saya ini.Mengapa saya sering kali mengalami kelelahan tanpa melakukan apa-apa?Apakah itu satu jenis penyakit? KELESUAN MENTAL SEBAGAI MASALAH KESIHATAN MENTAL Pada masa kini, orang ramai lebih mudah mendapat akses kepada pelbagai info dan maklumat di hujung jari dalam masa yang singkat tanpa perlu membuang waktu yang panjang untuk mencari info-info berkaitan sesuatu perkara.Penggunaan teknologi Artificial Inteligence (AI) di era teknologi digital ini lebih memberikan kesan di dalam penyebaran...

Perang Di Dalam Diri

 Hari ini nampak seperti hari biasa. Saya bangun, buat rutin harian, dan senyum bila perlu. Tapi di dalam, ada sesuatu yang sukar dijelaskan—rasa penat yang bukan datang dari fizikal, tapi dari fikiran. Ada masa saya sendiri tak faham kenapa saya rasa begini. Bila orang tanya “awak okay?”, saya jawab “okay” walaupun sebenarnya tidak. Bukan sebab mahu menipu, tapi sebab susah untuk cari perkataan yang tepat. Perkara kecil kadang-kadang jadi berat. Bangun dari katil pun boleh rasa seperti satu perjuangan. Dan yang paling susah, orang lain tak nampak apa yang kita lalui. Dari luar, semuanya kelihatan normal.Apabila meluah kepada orang lain, kadang kala umpama kita bercakap dengan tunggul.Bukan mereka tidak mendengar tetapi mungkin perasaan itu tidak sampai dan mereka tidak faham apa kita lalui.Mungkin bagi mereka, sepayah mana untuk bangun pagi?Apa yang menjadi kesulitan itu? Emosi kadang kala cepat berubah, marah , gembira , sedih, rasa tidak berguna.Perkara kecil yang tidak seperti ...